PROMOSI FREE KAD DISKAUN DAN FREE MEMBERSHIP

PROMOSI FREE KAD DISKAUN DAN FREE MEMBERSHIP

TOTAL PAGEVIEWS

Tuesday 11 December 2012

USUS DAN PENYAKIT




Anda sering sembelit, cepat lesu, cepat penat, nafas berbau, sakit-sakit pada sendi, gatal-gatal pada kulit, muka berjerawat, sakit perut tanpa sebab dan sering cirit-birit. AWAS kajian menunjukkan lebih daripada 90% penyakit adalah berpunca daripada usus. Seperti mana sabda Rasulullah saw yang bermaksud :-

"Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan" (Riwayat Ad-Dailami)


Usus terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Usus kecil terletak di antara perut dan usus besar. Dalam usus kecil berlaku pencernaan. Usus besar merupakan bahagian terakhir dalam sistem pencernaan. Usus besar bermula dengan sekum dan berakhir dengan dubur (rektum); Panjang usus kecil dan besar bagi orang dewasa menyamai 5/7 kali lebih panjang daripada ketinggian seseorang.

 USUS YANG SIHAT / NORMAL 





USUS YANG KOTOR





USUS YANG KOTOR ATAU TERSUMBAT IBARAT LONGKANG YANG TIDAK DIBERSIHKAN YANG PENUH DENGAN SAMPAH SARAP YANG AKHIRNYA AKAN MENGUNDANG PELBAGAI JENIS PENYAKIT 


BAGAIMANA USUS BOLEH KOTOR

Pengumpulan toksin di dalam badan boleh disebabkan dengan cara hidup yang kurang sihat seperti pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok adalah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan.

Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6 hingga 10 paun najis terlonggok di dalam usus kita. Seringkali keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ia hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil untuk melalui saluran usus yang sempit. Akibatnya kebanyakan dari kita mempunyai masalah sembelit.

Sembelit merupakan masalah yang disebabkan kesukaran untuk membuang air besar dan najis terlonggok adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sihat. Bahan toksin ini akan diserap oleh mukus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ia juga boleh membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat, sakit ketika datang haid, sering pening/sakit kepala, cepat lesu, penat, sukar bangun tidur dan sebagainya. Justeru itu, cara paling berkesan untuk mengatasi masalah tersebut adalah menghapuskan sembelit dan menyahkan najis yang terlonggok di dalam usus.

CARA MENGATASI
Biasanya bila menghadapi sembelit atau masalah pembuangan air besar, akan mendapat nasihat agar banyakkan minum air. Tahukah anda bahawa cara ini adalah salah. Pergerakan bahan buangan di dalam usus adalah gerakan peristaltik, iaitu pengecutan otot-otot yang menolaknya keluar. Ia tiada kena mengena dengan ‘suntikan air’ ke dalam usus.

Usus kita memerlukan makanan yang mengandungi fiber, klorofil, klorida, kalsium, natrium dan magnesium untuk menjalankan kerja-kerja ‘pembersihan’. Usaha minum air semata-mata untuk merawat sembelit tanpa nutrien di atas hanya memburukkan keadaan kerana ia melemahkan usus, malah boleh menyebabkan kecederaan dalaman.

Kita perlu minum air secukupnya, dan makan makanan yang baik untuk usus, terutama bila mengalami sembelit. Banyakkan mengambil makanan yang terdiri dari elemen yang tersebut di atas. Jika tidak, anda mungkin mengalami keradangan usus akibat kekurangan zat tersebut. Tisu-tisu dalam usus perlu dibaikpulih selalu. Oleh itu kita perlu mengambil makanan yang bukan saja membersihkan usus, tapi juga memperbaikinya.

DETOX
Proses detox adalah proses semulajadi badan. Ia membantu tubuh untuk membuang badan beracun dan tidak berguna dari badan. Proses detox yang sempurna dapat membantu tubuh menyerap nutrien dan zat baru dengan lebih baik. 

Dengan melakukan detox usus akan dibersihkan di mana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kitla dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Kerana itulah detox sangat penting sebeum mengambil apa-apa vitamin atau supplement supaya tahap penyerapan nutrien pada kadar paling optimum.


DETOX DENGAN NU~CLONZ



KNC cadangkan amalkan mengambil NU~CLONZ untuk mencuci usus. Ramai customer telah mengambilnya memang memberikan feed-back yang positif. KNC sendiri yang dulunya mengalami masalah pembuangan air besar (dalam seminggu 3/4 kali sahaja), selepas mengambil NU~CLONZ,  KNC akan membuang setiap pagi dan najis pun lembut. 


BERMINAT NAK ORDER NU-CLONZ, SILA ISIKAN BORANG PESANAN.