PROMOSI FREE KAD DISKAUN DAN FREE MEMBERSHIP

PROMOSI FREE KAD DISKAUN DAN FREE MEMBERSHIP

TOTAL PAGEVIEWS

Thursday 21 February 2013

BAHAYA NYA SENGGUGUT !!!!

Setiap wanita pasti akan ada senggugut cuma yang membezakan setiap wanita itu adalah kadar kekerapan, sakit yang antara skala 1-10 dan kesan senggugut. KNC pernah melihat kawan yang senggugut teruk yang dimana sehingga sukar ingin bangun dari tempatnya. Berkali-kali dia bertanya KNC "adakah dia sukar hamil pada kemudian hari?". KNC balas balik kepadanya," the best answer is to seek a gynae". Kadang-kadang kita nampak ia simple,"ala, muda lagi. Senggugut ni memang macam ni, esok lusa baiklah" tapi sebenarnya kekerapan anda kena dan sakit yang tidak boleh dibendung adalah petanda kepada masalah yang lain. KNC tidak mahu menakutkan anda tapi itu adalah benar. Ubat penahan sakit menstrual period pun kadang-kadang tidak boleh membantu. Di bawah ini, KNC letakkan bahaya senggugut ini kepada wanita. Jadi jangan ambil kes ini sambil lewa. Ia boleh memudaratkan kepada anda, wahai wanita.


KENALI SENGGUGUT

Senggugut atau juga dikenali sebagai (Premenstrual dysphoric disorder /dysmenorhoea) merupakan sakit yang timbul dengan kedatangan  haid bagi seorang wanita. Senggugut dibahagikan kepada dua iaitu Senggugut utama dan Senggugut kedua.


Senggugut utama
Senggugut utama atau Senggugut primari adalah disebabkan oleh penghasilan hormon prostaglandin oleh badan yang menyebabkan pengecutan rahim yang luar biasa kuat. Senggugut utama biasanya berlaku pada wanita remaja belum kahwin dan menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid.

Senggugut kedua
Sementara senggugut Senggugut sekondary disebabkan oleh wujudnya sel endometrium di luar rahim ( endometriosis ) dan berlaku pendarahan di dalam perut, atau jangkitan kronik yang menyebabkan senggugut datang kebiasaannya pada usia lanjut dan berlanjutan sepanjang kedatangan pendarahan haid.

Risiko senggugut
Pemeriksaan doktor adalah diperlukan memandangkan endometriosis boleh menyebabkan kemandulan.

Senggugut teruk PMDD merupakan sindrom tekanan prehaid (premenstrual stress syndrome) (PMS) yang amat teruk sehingga ia melumpuhkan akibat simptom fizikal, mental atau emosi. Rawatan dicadangkan kerana PMDD mengganggu keupayaan pesakit untuk berfungsi dalam kehidupan kerja dan sosial harian. Simptom utama : muncul antara ovulasi dan haid, dan hilang selepas beberapa hari selepas kedatangan haid- Resah, cepat marah, dan kemurungan mungkin berlaku.

Simptom utama, yang melumpuhkan, termasuk :-

  • perasaan amat sedih atau putus asa, kemungkinan membayang bunuh diri (suicide ideation)
  • perasaan tegang atau resah
  • serangan panik
  • perubahan perasaan, menangis
  • mudah terganggu atau marah berpanjangan, meningkat pertelingkahan interpersonal
  • tidak kisah atau tidak berminat dalam aktiviti harian dan hubungan
  • sukar menumpu perhatian
  • lesu
  • kemaruk atau peningkatan nafsu makan
  • sukar tidur, insomnia atau hipersomnia
  • perasaan "luar kawalan"
  • peningkatan atau penurunan nafsu seksual
  • peningkatan rasa bagi intim emosi
  • simptom fizikal: kembung, degupan jangung (heart palpitations), payu dara sensitif, sakit kepala, sakit sendi atau otot


Lima atau lebih simptom mungkin menunjukkan PMDD. Simptom berlaku semasa minggu sebelum kitaran haid dan lenyap selepas beberapa hari selepas mula haid.


kaitan SENGGUGUT & endometriosis ???


PENYAKIT ENDOMETRIOSIS

Penyakit endometriosis merupakan sejenis penyakit yang agak luar biasa. Ramai yang tidak mengetahui tentang penyakit ini sedangkan sekarang makin ramai wanita yang menghidapinya. Di antara masalah yang ditimbulkan oleh penyakit ini ialah senggugut dan kesakitan, kemandulandan keguguran yang mungkin berulang-kali. Ia juga boleh menyebabkan berbagai jenis masalah seperti pendarahan, gangguan kencing, kesakitan dan lain-lain




Apakah sebenarnya penyakit Endometriosis?
Penyakit endometriosis ini adalah satu keadaan luar biasa di mana tisu dari selaput dalam rahim yang digelar endometrium telah tumbuh di bahagian yang tidak sepatutnya iaitu di luar rahim. Selaput ini biasanya luruh bersama-sama darah haid. Oleh itu campuran darah dari rahim dengan tisu yang telah berkecai daripada lapisan endometrium serta kuman-kuman bakteria, menjadikan apa yang digelar ‘darah kotor’ atau darah haid.


Bagaimana endometrium terjadi?
Pada kebiasaannya tempat-tempat di luar rahim di mana tisu endometrium ini tumbuh ialah pada kilang telur (ovari), belakang rahim (utero sacral ligament), tiub saluran fallopian, pundi-pundi kencing, kadang-kala di tempat-tempat yang aneh seperti parut bekas pembedahan untuk melahirkan anak ataupun pembedahan. Endometrium ini juga boleh tumbuh dengan luar biasa saiznya pada dinding/otot rahim menyebabkan penyakit yang digelar Adenomyosis. Dinding rahim menjadi besar dari biasa dan membengkak.


Bagaimana tisu endometrium ini boleh tumbuh pada tempat-tempat yang luar biasa, tidaklah diketahui dengan tepat. Terdapat beberapa teori yang cuba menjelaskan berlakunya keadaan seperti ini. Di antaranya ialah ada kemungkinan darah kotor melimpah atau tumpah ke belakang rahim melalui saluran fallopian. Mungkin ini disebabkan oleh rahim yang kedudukannya luar biasa iaitu jatuh ke belakang ke arah tulang tongking (retroverted uterus). Keadaan rahim begini sering dikaitkan dengan penyakit endometriosis sedangkan pesakit yang memiliki rahim yang menghadap ke hadapan (anteverted) jarang ada penyakit endometriosis.


Ada juga yang menyatakan bahawa tisu endometrium ini di bawa ke tempat lain melalui saluran darah atau saluran kelenjar. Tetapi hakikat sebenarnya kita tidak tahu bagaimana ianya berlaku. Ada juga yang mengaitkan bahawa endometriosis ini sering berlaku di kalangan wanita-wanita yang sering tertekan jiwa mereka (stress), yang mudah menggelabah dan di kalangan mereka yang sangat mementingkan kerjaya dan mereka yang tinggi I.Q.nya.


Ada juga yang mengatakan bahawa system ketahanan pada wanita tersebut telah lemah dan lentur, oleh itu tisu- tisu yang patut keluar dari tubuhnya kini menyerang balik tubuh badannya sendiri. Apa yang terjadi ialah apabila tisu endometrium ini melekat pada tempat tempat tertentu, ia mulai tumbuh. Lapisan endometrium menjadi tebal akibat daripada rangsangan hormon wanita dalam pusingan haid dan apabila haid berlaku lapisan endometrium tersebut juga akan mengeluarkan darah.

Jika keadaan begini berlaku dalam telur (ovari) lama kelamaan darah akan berkumpul serta menyebabkan apa yang digelar ovarian cysts atau chocolate cysts kerana mengandungi darah kotor yang berbentuk seperti pasta coklat.




Simptom-simptom endometriosis?
Tanda yang paling utama sekali di kalangan wanita ialah senggugut ataupun kesakitan pada bawah perut dan pinggang. Senggugut ini mungkin dialami dari sejak remaja lagi dan ia berterusan dan mungkin tidak reda walaupun selepas kahwin. Ada setengahnya lega sekejap lepas berkahwin dan melahirkan anak tetapi senggugut ini akan timbul balik akibat daripada penyakit endometriosis. Kesakitan yang dialami biasanya berlaku sebelum datangnya haid yang biasanya berbentuk kesakitan yang amat kuat pada bahagian ari-ari dan sering juga ke bahagian pinggang. 

Biasanya rasa sakit akan reda selepas dua atau tiga hari sahaja, tetapi jika keadaan di mana endometriosis ini telah merebak dengan banyak, kesakitan ini mungkin akan berterusan waktu haid dan walaupun haid sudah berhenti kadang-kala kesakitan masih ada lagi. Ini menunjukkan bahawa penyakit ini berada di peringkat yang teruk dan mungkin telah melibatkan kerosakkan pada dinding dan otot rahim. 

Kesakitan juga dialami ketika melakukan persetubuhan khususnya jika suaminya menekan agak kuat sedikit dan kesakitan juga mungkin dialami waktu membuang air besar khususnya pada waktu haid. Ini disebabkan oleh perdarahan yang berlaku dibelakang rahim yang mungkin melibatkan usus besar. 

Gangguan lain ialah ketidaksuburan dan kemandulan. Ini adalah masalah besar di kalangan pengidap-pengidap penyakit endometriosis. Mereka tidak sedar yang penyakit ini mungkin telah terjadi, yang mereka tahu ialah mereka sukar untuk mengandung, samada buat kali pertama ataupun selepas melahirkan seorang anak ia tidak dapat hamil lagi beberapa tahun kemudian. 



endometriosis menyebabkan kemandulan !!!!

Sebenarnya ada beberapa penjelasan
1. Penyakit ini boleh merosakkan kilang telur menyebabkan ia tidak boleh keluar benih.

2.Ia menyebabkan kerosakan pada saluran fallopian menyebabkan benih lelaki tidak boleh masuk untuk bertemu dengan telur.

3. endometriosis ini juga mengeluarkan beberapa jenis racun yang mungkin mematikan benih dan telur atau embryo.

4. Ia menimbulkan gangguan-gangguan hormon yang biasanya mengawal kesuburan wanita.
Tetapi di kalangan pengidap endometriosis ada juga yang boleh hamil walaupun tanpa diberi rawatan. Inilah kebesaran serta kehendak Allah s.w.t.

Endometriosis boleh menyebabkan keguguran yang berulang-kali  !!!

Endometriosis juga boleh menyebabkan kehamilan gugur di peringkat awal iaitu tiga bulan pertama kehamilan. Bagaimana ia menyebabkannya kita tidak mengetahui, tetapi ada kemungkinan endometriosis menyebabkan gangguan dalam hormon wanita ataupun ia menimbulkan keadaan beracun yang boleh membunuh atau menganggu pertumbuhan janin. Kadang-kala wanita yang mengidap penyakit endometriosis boleh gugur berulang-kali.


Tanda-tanda atau gangguan lain akibat dari penyakit endometriosis termasuklah berbagai jenis kesakitan di bahagian perut, dibawah perut atau di bahagian pinggang serta juga berbagai masalahperdarahan samada waktu haid atau di luar waktu haid seperti haid yang banyak atau yang berpanjangan. Kadang-kadang berlaku perdarahan di luar waktu haid.


ATASI SENGGUGUT SEKARANG !!!!

Pesan KNC untuk semua wanita
  JANGANLAH PANDANG MUDAH DENGAN  SENGGUGUT !!!! 

Atasi sekarang dengan mengamalkan mengambil BIDADARI setiap hari.. Inshaa ALLAH, berkat usaha , Senggungut dapat diatasi :)

credit article to http://pakar-sakitpuan.blogspot.com/2011/03/apa-punca-endometriosis.html

Wednesday 20 February 2013

SAYANGILAH RAHIM ANDA ...

RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......


Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.

Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.

Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.

Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.



Dan kepada wanita. Saiz rahim hanyalah sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun....

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa TENATKAH  rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Bagi yang baru melahirkan bayi... BERPANTANGLAH....  SAYANGILAH RAHIM ANDA !!!!

Wahai wanita... janganlah mengatakan proses berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid."
Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya?

Jangan hanya kerana anda sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, anda rasa anda sudah sihat.. Sedangkan anda terlupa seketika bagaimana nyawa anda dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin, atau anda terlupa perut anda dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak. 

9 bulan rahim itu menyembang bagi menampung bayi.. mustahil lah dalam masa 1 minggu, 2 minggu, 1 bulan.. 2 bulan.. ianya sudah SIHAT.. Jagalah ianya setiap masa kerana jika ianya mula sakit, satu badan akan sakit, susahlah nak menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu... 

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. 

Jagalah ia..

Bagi yang mempunyai masalah seperti keputihan, masalh dengan period, longgar, becak, berbau.dan sebagainya, janganlah ambil mudah.. carilah penawar.. cegah sebelum parah...

Bagi yang tidak ada masalh dengannya, alhamdulillah... Syabas dan Tahniah kerana anda memang telah mengambil langkah untuk menjaga ia..

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

credit article to : http://www.facebook.com/MawarCintaDotCom

Sunday 3 February 2013

7 CARA ELAK RAHIM JATUH

1~Elakkan berdiri terlalu lama. Ambil masa untuk duduk seketika dan melunjurkan kaki ke atas bangku. Ini selalu berlaku pada jururawat, guru, doktor dan juga mereka yang selalu ke kawasan kerja seperti jurutera.

2~Melakukan senaman pelvis amat penting walaupun sejak zaman bujang lagi. Ia menguatkan otot-otot dalaman, membantu mempercepatkan proses pemulihan pasca surgeri, mendapatkan semula rasa mengawal kencing dan mengurangkan sakit belakang

3~Amalkan pemakanan yg betul bagi mgelakkan sembelit kronik. Banyakkan makan sayur-sayuran, buah-buahan dan bijiran/bran. Elakkan meneran di bilik air lebih daripada 15 minit. Puas atau tidak, sila keluar dari bilik air.

4~Memakai girdle/sut pelangsingan badan yg sesuai boleh membantu tetapi bukan korset yg amat ketat.

5~Jangan merokok dan jauhkan diri daripada perokok bagi menghindari batuk yang kronik

6~Elakkan mengandung yg kerap dan rapat. Cubalah kaedah-kaedah perancang keluarga yang mempunyai peratus kejayaan tinggi.

7~ Amalkan BIDADARI / QSHE sebagai supplement utama anda untuk penjagaan rahim anda.



CREDIT ARTICLE TO MY LEADER +Min Cantek